Friday, July 19, 2013

MARTABATKAN SISTEM TULISAN JAWI DALAM PENULISAN DAN PEMBACAAN

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum wbt,

Tulisan Jawi telah digunakan beratus tahun oleh masyarakat Melayu.Ia merupakan sistem tulisan yang digunakan masyarakat di Tanah Melayu malah beberapa negara serumpun di sekitar nusantara sebelum diperkenalkan sistem tulisan rumi yang diperkenalkan oleh barat.Tulisan Jawi adalah hasil dari huruf-huruf Arab yang dimelayukan sistemnya.PAMiM menyeru Orang-orang Melayu Muslim mempelajari warisan sistem penulisan ini dan amalkan dalam aktiviti sehari-hari.Melalui akhbar Utusan Melayu sistem tulisan ini masih giat digunakan malah Askar Timbalan Setia Negeri Johor (TSN/JMF) yang merupakan pasukan Tentera Peribadi Baginda Tuanku Sultan Johor menggunakan tulisan jawi sebagai sistem penulisan rasmi dalam membuat laporan organisasi sehingga saat ini.

Usaha ini hanya boleh digiatkan secara konsisten melalui program-program di sekolah kebangsaan malah disekolah-sekolah agama sesi petang bagi anak-anak pelajar manakala bagi orang-orang dewasa kelas tulisan Jawi harus dipergiatkan oleh badan-badan berkanun kerajaan dan Jabatan Agama Islam Negeri dan JAKIM bagi memastikan sistem tulisan ini tidak hilang dek zaman.

Bagi anak-anak PAMiM anda boleh mulakan dari hari ini mempelajari sistem tulisan Jawi melalui blog-blog yang diterdapat di alam maya. salah satu link permulaan adalah seperti berikut :-

http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2009/01/selamat-mempelajari-tulisan-jawi.html
http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2009/01/abjad-jawi-bentuk-tunggal-terkini.html

Selamat Menuntut Ilmu Tulisan Jawi


PADUKAN MELAYU MUSLIM


No comments:

Post a Comment