Assalamualaikum w.b.t,
Bismillahirahmanirahim...
Salam Fisabilillah kepada semua pejuang-pejuang PAMiM,
Saksikanlah Filem Arahan Tan Sri Jins Shamsudin dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).Ia mengisahkan sepasukan anggota polis yang ditempatkan di Rumah Pasong/Balai Polis Bukit Kepong,Johor yang diserang hendap dengan dahsyatnya oleh pengganas komunis yang diketuai oleh Lau San dan Mat Indera.Semua yang terkorban adalah dari kalangan anggota-angota polis,sukarelawan penduduk dan juga isteri anggota polis.Mereka telah bertempur sehingga ke titisan darah terakhir dan tidak menyerah kalah.Sesungguhnya pada pendapat saya,ia merupakan salah satu peristiwa penting yang telah didokumentasikan dimana pahit maung anggota keselamatan negara dan pejuang-pejuang tempatan mempertahankan tanahair.
Filem ini ditayangkan semula bagi mengingatkan generasi baru bahawa bahaya ancaman komunis terhadap keselamatan tanahair.Ketika kekejaman komunis berlangsung ramai orang-orang biasa malah pejuang Melayu terkorban dalam mempertahankan diri,keluarga dan tanahair.Keberanian dan kesungguhan mereka dalam perjuangan harus kita contohi dan ambil iktibar serius bagi membendung dari membiarkan ia tersebar. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna. Sediakan payung sebelum hujan.
Selamat Menonton dan Selamat Berjuang.
PADUKAN MELAYU MUSLIM
&
SELAMAT HARI PAHLAWAN 2013
&
SELAMAT HARI PAHLAWAN 2013
Pengasas Utama PAMiM
Paduka Ayahanda Juhann Laksamana
No comments:
Post a Comment