Thursday, July 25, 2013

BRIGED AL-QASSAM WAJAR DICONTOHI

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum w.b.t,

Siapakah Briged Al-Qassam? Mengapakah mereka sangat ditakuti Israel? Apa tujuan penubuhan mereka? Siapakah yang dipilih menganggotai Briged Al Qassam?

Briged adalah salah satu formasi ketumbukkan ketenteraan atau separa tentera yang mengandungi Tiga atau Empat Rejimen.Sesuatu briged akan mempunyai elemen bantuan seperti 1x batteri artileri, 1 x skuadron semboyan,1 x kompeni polis tentera, 1x platun risik, 1x skuadron askar jurutera dan 1 x detasmen bantuan ringan.

[ Allahyarham Sheikh Izzuddin Al Qassam ]

[ Pasukan Elit Briged Al Qassam ]


Berbalik kepada Briged Al Qassam,ia adalah sebuah pasukan khas yang ditubuhkan dalam kempen Intifada Palestin dan ia amat digeruni musuh.Nama Al-Qassam diambil sempena Sheikh Izzuddin Al-Qassam,seorang tokoh perjuangan dari Syria yang syahid di Ya'bad,Palestin pada 1935.Pasukan ini dianggotai oleh para pemuda yang istimewa berumur bawah 30 tahun.Mereka bukan sahaja memiliki disiplin yang tinggi,bahkan setiap pejuang mujahidin yang ingin berjuang bersama Al Qassam mestilah memenuhi kriteria tersebut :-

a) Menjaga Solat Lima(5) waktu secara berjemaah
b) Gigih berpegang dengan ajaran Islam
c) Berdisiplin dan mentaati pemimpin
d) Mencintai dan bersedia syahid

Inilah ciri-ciri yang wajar ada kepada semua yang bersumpah setia(bai'ah) sebagai pejuang tentera sabiullah.Jangan hanya mengejar harta dan kebendaan semata kelak merosak hati dan ketakwaan kita.Perjuangan PAMiM mengambil dan mengadaptasi penyediaan pejuang-pejuang Melayu Muslim di rantau ini. 

No comments:

Post a Comment