Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum w.b.t ,
Penahanan dua pasangan kontroversi iaitu Alvin dan Vivian beberapa hari lalu adalah dialu-alukan oleh majoriti Rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu yang rata-rata amat marah diatas kenyataan media yang dibuat oleh kedua-dua pasangan melalui ucapan Selamat Berbuka Puasa dengan gambar mereka sedang menikmati Bak Kut Teh (Babi) yang turut disertakan logo halal JAKIM.Kedua-duanya dilaporkan oleh beberapa media arus perdana tempatan ditahan pihak berkuasa tanpa jaminan sehingga tarikh bicara.Dilaporkan Alvin ditempatkan di Penjara Sg Buloh manakala Vivian pula di Penjara Kajang.Tanahair amat bersyukur kehadrat Allah SWT tidak berlaku kejadian yang buruk seperti rusuhan kaum berasaskan agama seperti yang terjadi dinegara-negara lain hanya satu kes yang direkodkan mempunyai kaitan dan bermotifkan pembalasan dendam diatas kenyataan dibuat kedua-dua pasangan tersebut.
Ng Mun Tatt yang bekerja sebagai penjaga cafe cyber individu yang dikatakan telah di'kutip' oleh beberapa individu ketika sedang menikmati makan malam bersama teman wanitanya di Sri Muda Shah Alam beberapa hari lepas dilaporkan mempunyai hubungan rapat diatas penyebaran statment kedua-dua pasangan tersebut melalui laman media sosial dan beberapa laman blog kepunyaannya.Dia telah dilepaskan didalam keadaan aib di Lebuhraya DUKE Kuala Lumpur.Dibadannya tertulis perkataan "SAYA HINA AGAMA ISLAM".Walaupun dia telah membuat kenyataan akhbar mengatakan dia mangsa samun dengan tulisan tersebut bertujuan untuk mengalih perhatian motif penculikan dia namun Ketua Polis Negara melalui sidang akhbar rasmi PDRM telah mengesahkan bahawa ia mempunyai motif balas dendam rentetan statemen Alvin dan Vivian.
Justeru itu bagi masyarakat diluar sana digesa agar tidak sesuka hati dalam memainkan atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan kepercayaan.Saya bimbang sekiranya ia tidak dibendung dengan tegas oleh pihak berkuasa melalui peruntukkan undang-undang sedia ada Orang-orang Melayu pasti akan mengambil usahanya sendiri yang mungkin akan lebih membawa petaka kepada situasi semasa.Bak kata orang-orang tua "Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna"...oleh senantiasa berpegang Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata malapetaka jawabnya".
Kepada pejuang-pejuang PAMiM sentiasa muhasabah diri agar sentiasa menjaga Islam didalam diri.Jaga perbuatan,Jaga tuturbicara,Jaga Solat dan Amalan,Jaga kesihatan serta kecergasan dan sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.Sesungguhnya dengan melihat perkembangan politik secara global dan domestik kita harus sentiasa waspada dan kekalkan perpaduan antara keluarga jemaah.Akhir kata mari kita sama-sama mengembleng tenaga dan usaha menjayakan misi PADUKAN MELAYU MUSLIM
No comments:
Post a Comment