Wednesday, July 24, 2013

JASA ALLAHYARHAM KIYAI SALLEH

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum w.b.t,

" Sekiranya tiada Panglima Salleh,mungkin tidak ramai penduduk asal Batu Pahat dan Muar di Johor yang masih hidup ketika ini kerana mereka mungkin mati dibunuh komunis" (petikan ulasan pakar motivasi Dr HM Tuah Iskandar ketika mengenang jasa perjuangan Kiyai Salleh)

Siapakah Kiyai Salleh? Kenapa namanya sering bermain-main dibibir setiap orang-orang Melayu yang mengaku bahawa diri mereka pejuang Alif Ba Ta?

(Kiyai Salleh ditengah bersama Pegawai Polis dan Ahli Masyarakat)


Kiyai Salleh atau gelar lainnya Panglima Salleh dengan nama sebenarnya Mohd Salleh Bin Abd Karim dlahirkan Kg Tanjung Olak di Muar pada 1916.Masa mudanya beliau banyak menghabiskan masa dengan menuntut ilmu agama dan mempertahankan diri dari beberapa guru termasuklah guru di kampung isterinya,Hajjah Aisyah Hj Abd Rashid di Ara Pasung,Pontian,Johor.Antara guru-guru Kiyai Salleh ialah Haji Hussien,Haji Alias dan Haji Ahmad.Disamping itu beliau turut menuntut dengan Mufti peribadi Sultan Ibrahim Abu Bakar iaitu Kiyai Haji Abdul Fadhil Bin Abu Bakar Banten yang memperkenalkan Wirid Khaujakan.

Panglima Salleh telah diijabkabulkan dengan teman seperguruannya yang bernama Esah.Esah bukan calang-calang gadis.Beliau dikatakan mempunyai ilmu mempertahankan diri yang lebih tinggi dari Panglima Salleh .Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dengan dua cahayamata iaitu Yusof dan Omar.

Kehebatan beliau bermula ketika zaman pasca Perang Dunia kedua iaitu selepas Jepun menyerah kalah dan berundur dari Tanah Melayu.Dalam tempoh ini sementara Tentera dan Pentadbiran British mengambil alih semula negara kuasa gerakan Komunis tanahair yang diketuai oleh Chin Peng mengambil peranan.Dikala inilah semua yang pernah bekerjasama malah menjadi tali barut Jepun telah ditangkap,disiksa dan dipercayai dibunuh dengan kejam lalu mereka hilang tanpa nisan.Diselatan tanahair turut merasa bahang kekejaman kuasa baru iaitu pengganas komunis.Batu Pahat dan Muar serta sekitarnya lokasi paling terjejas dan telah menimbulkan suasana tidak aman dikalangan masyarakat setempat.Telah terdengar berita dari kampung ke kampung komunis mula mengganas dari pengeledahan tali barut sehingga mereka yang menentang ideologi perjuangan komunis semuanya berakhir dengan kehilangan tanpa berita dan bernisan.

Dalam kekacauan ini,Persatuan Muhammadiah telah memilih pemimpin baru bagi menggantikan pimpinan lama yang dilihat tidak mampu mencegah malah memimpin masyarakat melayu ketika itu untuk mempertahankan diri.Mohd Salleh Abd Karim telah dipilih untuk memimpin amanah.Walaupun banyak kontroversi diatas pemilihannya beliau membuktikan bahawa kata2 dan tuduhan2 nakal terhadapnya meleset sama sekali.Beliau telah memimpin pasukannya dari sekumpulan kecil sehingga pertambahan jemaah yang lebih besar.Pertempuran demi pertempuran telah dikurniakanNya kemenangan dan membawa kepada perpecahan besar pasukan gerila komunis.Pelbagai cerita2 diperdengarkan..ada melihat pasukan Panglima Salleh ramai dan setinggi pokok kelapa,ada yang melihat pasukan pendekar lengkap pakaian hitam mengempur dengan hanya bersenjatakan parang panjang dan buloh runcing.Uniform yang dikenakan ialah lilitan atau selempang merah agar dikenali beza antar musuh dan kawan sebab itulah ramai menggelarkan pasukan Panglima Salleh dengan nama TENTERA SELEMPANG MERAH. 

Kehebatan Panglima @ Kiyai Salleh telah sampai kepengetahuan baginda Sultan Johor ketika itu iaitu DYMM Sultan Ibrahim Abu Bakar yang telah menggelarkan beliau Panglima Melayu (PAMiM) pada 26hb Disember 1945.Bagi mengenang jasa beliau, baginda tuanku telah berkenan menganugerahkan  Pingat Sultan Ibrahim (PIS) pada 17hb September 1955.Setiap yang hidup pasti akan mati.Haji Mohd Salleh Abd Karim telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 21hb April 1959 di Hospital Besar Sultanah Aminah Johor Bahru kerana serangan radang paru-paru.Tinggallah legasi perjuangan suci Allahyarham Panglima Kiyai Haji Salleh dalam mempertahankan Agama,Bangsa dan Tanahair.




No comments:

Post a Comment