Wednesday, July 10, 2013

LIAN PADUKAN SENI TEMPUR RASMI PAMiM

Assalamualaikum w.b.t,

Bismillahirahmanirahim ( Dengan Nama Allah SWT Yang Maha Pemurah Maha Pengasihani)

Lian Padukan merupakan seni adunan tempur yang diasaskan oleh Almarhum Mahaguru Muhamad Bin Chik atau lebih dikenali sebagai Pak Mat Kedidi.Kini perguruan dipimpin oleh Mahaguru Utama Ayahanda Dr. Haji Muhammad Hasyim Bin Haji Salleh.

Lian Padukan merupakan seni tempur yang nama asalnya Lian Paduka atau Buah Pukul Mersing yang sangat popular diselatan tanahair.Setelah mengalami pelbagai evolusi ilmu dan pertempuran jalanan ia diberi nama hasil ilham Sahibussamahah Dato Haji Ahmad Bin Awang,Mufti Kerajaan Negeri Johor.Padukan yang juga membawa maksud PADA ALLAH DISERAHKAN UNTUK KESELAMATAN ANDA.

Dari mempunyai beberapa adunan elemen persilatan dan wushu iaitu Sunting dan Sendeng serta Wushu ia telah membawa elemen Muay Thai semasa ia diperkenalkan oleh Almarhum Pak Mat Kedidi kini melalui anak didik menantunya Almarhum Abdul Razak Shariff (Razak Yahudi@Razak Daging) iaitu Ayahanda Mahaguru ia dipercayai mempunyai beberapa penambahan dari pelbagai aliran Lian lain seperti Gayang Lima asuhan Pak Raja Ali Al Haj Semerah,Haji Sulieman Ariffin (Pak Mat Samurai),Pak Majid Klinik serta beberapa lagi guru Buah Pukul,persilatan,wushu dan Taekwondo.


(Demo di Dataran Media Prima,TV3 Untuk Rancangan MHI)

Melalui latihan-latihan tempur Lian Padukan yang diterapkan diharap dapat melahirkan anak-anak pejuang PAMiM yang berani, mampu berdiri dikaki sendiri,melatih kepimpinan dan daya semangat juang yang tinggi.
Akhir kata bersama-sama kita berjuang bersama PAMiM dalam merealisasikan cogankata PADUKAN MELAYU MUSLIM.

No comments:

Post a Comment