Monday, September 9, 2013

ELEMEN SUBVERSIF KOMUNIS MENYUSUP MASUK DALAM MASYARAKAT

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum w.b.t,

Dewasa ini suasana politik tanahair seolah-olah menampakkan kebimbangan dalam gerakan-gerakan radikal yang halus menyusup dalam meracuni fikiran masyarakat baik muda mahu pun warganegara senior.Disatu sudut ia menampakkan proses kematang berpolitik orang-orang Malaysia khususnya orang Melayu namun dimata para penganalisis keselamatan domestik dan ketenteraman awam ia lebih banyak mengundang anarki dari perkara kebaikkan.

Melalui artikel sebelumnya,saya melalui beberapa method samada dalam informasi alam maya mahupun realiti saya mendapat maklumat-maklumat yang agak menakutkan.ELEMEN SUBVERSIF REJIMEN KE-10 KEMBALI !! Mereka kembali terutama didalam menaguk diair keruh ketika suasana politik tanahair yang terumbang ambing.

Bagi seluruh anak muda jangan perjudi nasib tanahair dengan ideologi yang sudah terbukti lebih banyak membawa  bencana dari kebaikan iaitu KOMUNIS.Bagi anak-anak muda yang cintakan tanahair sebagai warganegara yang baik wajar anda melaporkan sebarang aktiviti berunsur merekrut atau apa jua dakyah mereka kepada pihak berkuasa.

Sunday, August 25, 2013

KIBARKAN JALUR GEMILANG TANAHAIRKU..DIRGAHAYU MALAYSIA!

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum W.B.T,

KIBARKAN jalur gemilang bendera tanah air kita iaitu Malaysia bumi bertuah.Pada 31hb Ogos 2013 kelak genaplah 56 tahun Malaysia atau nama asalnya Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Sunday, August 18, 2013

BAHAYANYA FAHAMAN KOMUNIS DAN KESANNYA

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum WBT kepada semua anak-anak PAMiM yang dirahmati Allah SWT,

[ Logo/Lambang Komunisme Internasional ]


Komunisme atau Marxisme adalah ideologi asas atau dasar yang digunakan oleh parti-parti komunis seluruh dunia.Di bumi Malaysia suatu ketika dulu pernah wujud Parti Komunis Malaya yang ditubuhkan pada 1930.Ketika Jepun menjajah tanahair kita Tanah Melayu,golongan haluan kiri ini menubuhkan MPAJA iaitu Malayan People Anti Japanese Army dengan sokongan dan bantuan serta latihan British namun setelah Tanah Melayu mecapai kemerdekaan pada 1957 Parti Komunis Malaya masih menjadi ancaman kepada keselamatan negara yang baru merdeka.Dengan kelebihan latihan gerila hutan yang mereka terima disampin mobiliti pantas mengikut kumpulan-kumpulan kecil mereka memberi ancaman yang dahsyat kepada keselamatan rakyat.

Mereka telah bertindak balas kepada golongan yang pernah atau disyaki menjadi tali barut penjajah Jepun.Ramai yang menjadi mangsa kekejaman mereka terutama ketika tempoh peralihan diantara penyerah kalahan Jepun dan kedatangan British ke Tanah Melayu pasca Perang Dunia Ke-2.Pelbagai cara mereka dalam gerakan bersenjata komunis terutama seperti yang sering didedahkan oleh pelbagai media iaitu jika tiada hero tempatan seperti Kiyai Salleh Batu Pahat dengan Tentera Selempang Merah maka akan lenyaplah orang-orang Melayu di Batu Pahat dan Muar.

Monday, August 5, 2013

SURAH AL-FATIHAH ,AYAT AL-KURSI DAN SURAH YASSIN

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum WBT,

[ Surah Al Fatihah ]



[ Ayat Kursi ]



[ Surah Yassin ]

Wednesday, July 31, 2013

PAK NGAH HAJI OMAR,PENDEKAR DAN PEMIMPIN MASYARAKAT SERTA PEJUANG KEMERDEKAAN

Assalamualaikum w.b.t,

Bismilillahirahmanirahim [ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyanyang]

Pak Ngah Haji Omar merupakan seorang tokoh agama,politik,pemimpin masyarakat dan guru persilatan yang tidak asing lagi di bumi Jitra,Kedah.

[kredit kepada blog milik cucu Allahyarham PakNgah Haji Omar]


[ Sorotan Drama PakNgah Haji Omar]

sambungan-sambungan drama ini anda boleh tonton sendiri melalui YouTube. Kenali pejuang-pejuang ini.Semangat yang mereka ingin terapkan.Semangat Fisabilillah yang tinggi.Demi Agama,Demi Bangsa Dan Demi Tanahair.

SELAMAT HARI PAHLAWAN
PADUKAN MELAYU MUSLIM

Ikhlas,

Pengasas/Khalifah Utama PAMiM
[ Paduka Ayahanda Juhann Laksamana ]

Tuesday, July 30, 2013

BUKIT KEPONG ANTARA SAKSI SEMANGAT PEJUANG MELAYU HINGGA KETITISAN DARAH TERAKHIR

Assalamualaikum w.b.t,

Bismillahirahmanirahim...

Salam Fisabilillah kepada semua pejuang-pejuang PAMiM,

Saksikanlah Filem Arahan Tan Sri Jins Shamsudin dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).Ia mengisahkan sepasukan anggota polis yang ditempatkan di Rumah Pasong/Balai Polis Bukit Kepong,Johor yang diserang hendap dengan dahsyatnya oleh pengganas komunis yang diketuai oleh Lau San dan Mat Indera.Semua yang terkorban adalah dari kalangan anggota-angota polis,sukarelawan penduduk dan juga isteri anggota polis.Mereka telah bertempur sehingga ke titisan darah terakhir dan tidak menyerah kalah.Sesungguhnya pada pendapat saya,ia merupakan salah satu peristiwa penting yang telah didokumentasikan dimana pahit maung anggota keselamatan negara dan pejuang-pejuang tempatan mempertahankan tanahair.

Filem ini ditayangkan semula bagi mengingatkan generasi baru bahawa bahaya ancaman komunis terhadap keselamatan tanahair.Ketika kekejaman komunis berlangsung ramai orang-orang biasa malah pejuang Melayu terkorban dalam mempertahankan diri,keluarga dan tanahair.Keberanian dan kesungguhan mereka dalam perjuangan harus kita contohi dan ambil iktibar serius bagi membendung dari membiarkan ia tersebar. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna. Sediakan payung sebelum hujan.

Selamat Menonton dan Selamat Berjuang.

PADUKAN MELAYU MUSLIM
&
SELAMAT HARI PAHLAWAN 2013

Pengasas Utama PAMiM
Paduka Ayahanda Juhann Laksamana


Saturday, July 27, 2013

KOMPILASI PERMAINAN BUAH PUKUL

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum w.b.t



[LIAN PADUKAN MALAYSIA]


[PUKULAN AWANG DAIK ]



[ SENI BUAH LIAN ]


[GAYANG LIMA SEMERAH PAK RAJA ALI AL HAJ]


[BUAH ENDAU PAK ANDAK WAHAP]


[GAYANG LIMA KLUANG PAK ATAN AIR BATU]

ANAK-ANAK PAMiM AWAM WAJIB SERTAI REJIMEN ASKAR WATANIAH

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum w.b.t,




Askar Wataniah merupakan formasi ketumbukan ketenteraan sukarela yang diambil dari kalangan rakyat jelata.Askar Wataniah juga berperanan sebagai pasukan atau angkatan simpanan Tentera Darat sebagai pertahanan lapisan kedua negara tercinta.Penyertaan rakyat dalam Askar Wataniah merupakan satu sumbangan yang murni bagi menyahut seruan pertiwi dengan konsep HANRUH ( Pertahanan Menyeluruh).

Sedemikian dengan itu PAMiM bercadang mewajibkan setiap anak-anak baiah yang berusia 18-25 tahun dan masih tidak bekerja atau mempunyai kelapangan masa agar menyertai organisasi ini bagi membentuk jati diri sebagai pejuang.Disamping itu dengan penyertaan ini dapat ia membentuk peribadi pejuang yang berdisiplin dan berketrampilan.Hal ini amat penting dalam memastikan anak-anak PAMiM bersedia secara total sebagai seorang pejuang Fisabilillah.Disiplin dan ilmu pengetahuan didalam organisasi ini amat bermakna dalam menghadapi konflik dimasa-masa akan datang.

Ayahanda Pengasas Utama amatlah mengharap agar setiap anak-anak PAMiM menjadi manusia dan rakyat Malaysia yang taat kepada Islam,Melayu dan Malaysia.


Thursday, July 25, 2013

BRIGED AL-QASSAM WAJAR DICONTOHI

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum w.b.t,

Siapakah Briged Al-Qassam? Mengapakah mereka sangat ditakuti Israel? Apa tujuan penubuhan mereka? Siapakah yang dipilih menganggotai Briged Al Qassam?

Briged adalah salah satu formasi ketumbukkan ketenteraan atau separa tentera yang mengandungi Tiga atau Empat Rejimen.Sesuatu briged akan mempunyai elemen bantuan seperti 1x batteri artileri, 1 x skuadron semboyan,1 x kompeni polis tentera, 1x platun risik, 1x skuadron askar jurutera dan 1 x detasmen bantuan ringan.

[ Allahyarham Sheikh Izzuddin Al Qassam ]

[ Pasukan Elit Briged Al Qassam ]


Berbalik kepada Briged Al Qassam,ia adalah sebuah pasukan khas yang ditubuhkan dalam kempen Intifada Palestin dan ia amat digeruni musuh.Nama Al-Qassam diambil sempena Sheikh Izzuddin Al-Qassam,seorang tokoh perjuangan dari Syria yang syahid di Ya'bad,Palestin pada 1935.Pasukan ini dianggotai oleh para pemuda yang istimewa berumur bawah 30 tahun.Mereka bukan sahaja memiliki disiplin yang tinggi,bahkan setiap pejuang mujahidin yang ingin berjuang bersama Al Qassam mestilah memenuhi kriteria tersebut :-

a) Menjaga Solat Lima(5) waktu secara berjemaah
b) Gigih berpegang dengan ajaran Islam
c) Berdisiplin dan mentaati pemimpin
d) Mencintai dan bersedia syahid

Inilah ciri-ciri yang wajar ada kepada semua yang bersumpah setia(bai'ah) sebagai pejuang tentera sabiullah.Jangan hanya mengejar harta dan kebendaan semata kelak merosak hati dan ketakwaan kita.Perjuangan PAMiM mengambil dan mengadaptasi penyediaan pejuang-pejuang Melayu Muslim di rantau ini. 

Wednesday, July 24, 2013

PERJUANGAN DI SUNGAI MANIK,PERAK (BAH. 1)

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum w.b.t,

[Allahyarham Tuan Guru Haji Bakri Sungai Manik]

[Petikan Suratkhabar Mengenai Peristiwa Perang Sungai Manik,Perak]




JASA ALLAHYARHAM KIYAI SALLEH

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum w.b.t,

" Sekiranya tiada Panglima Salleh,mungkin tidak ramai penduduk asal Batu Pahat dan Muar di Johor yang masih hidup ketika ini kerana mereka mungkin mati dibunuh komunis" (petikan ulasan pakar motivasi Dr HM Tuah Iskandar ketika mengenang jasa perjuangan Kiyai Salleh)

Siapakah Kiyai Salleh? Kenapa namanya sering bermain-main dibibir setiap orang-orang Melayu yang mengaku bahawa diri mereka pejuang Alif Ba Ta?

(Kiyai Salleh ditengah bersama Pegawai Polis dan Ahli Masyarakat)


Kiyai Salleh atau gelar lainnya Panglima Salleh dengan nama sebenarnya Mohd Salleh Bin Abd Karim dlahirkan Kg Tanjung Olak di Muar pada 1916.Masa mudanya beliau banyak menghabiskan masa dengan menuntut ilmu agama dan mempertahankan diri dari beberapa guru termasuklah guru di kampung isterinya,Hajjah Aisyah Hj Abd Rashid di Ara Pasung,Pontian,Johor.Antara guru-guru Kiyai Salleh ialah Haji Hussien,Haji Alias dan Haji Ahmad.Disamping itu beliau turut menuntut dengan Mufti peribadi Sultan Ibrahim Abu Bakar iaitu Kiyai Haji Abdul Fadhil Bin Abu Bakar Banten yang memperkenalkan Wirid Khaujakan.

Panglima Salleh telah diijabkabulkan dengan teman seperguruannya yang bernama Esah.Esah bukan calang-calang gadis.Beliau dikatakan mempunyai ilmu mempertahankan diri yang lebih tinggi dari Panglima Salleh .Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dengan dua cahayamata iaitu Yusof dan Omar.

Kehebatan beliau bermula ketika zaman pasca Perang Dunia kedua iaitu selepas Jepun menyerah kalah dan berundur dari Tanah Melayu.Dalam tempoh ini sementara Tentera dan Pentadbiran British mengambil alih semula negara kuasa gerakan Komunis tanahair yang diketuai oleh Chin Peng mengambil peranan.Dikala inilah semua yang pernah bekerjasama malah menjadi tali barut Jepun telah ditangkap,disiksa dan dipercayai dibunuh dengan kejam lalu mereka hilang tanpa nisan.Diselatan tanahair turut merasa bahang kekejaman kuasa baru iaitu pengganas komunis.Batu Pahat dan Muar serta sekitarnya lokasi paling terjejas dan telah menimbulkan suasana tidak aman dikalangan masyarakat setempat.Telah terdengar berita dari kampung ke kampung komunis mula mengganas dari pengeledahan tali barut sehingga mereka yang menentang ideologi perjuangan komunis semuanya berakhir dengan kehilangan tanpa berita dan bernisan.

Dalam kekacauan ini,Persatuan Muhammadiah telah memilih pemimpin baru bagi menggantikan pimpinan lama yang dilihat tidak mampu mencegah malah memimpin masyarakat melayu ketika itu untuk mempertahankan diri.Mohd Salleh Abd Karim telah dipilih untuk memimpin amanah.Walaupun banyak kontroversi diatas pemilihannya beliau membuktikan bahawa kata2 dan tuduhan2 nakal terhadapnya meleset sama sekali.Beliau telah memimpin pasukannya dari sekumpulan kecil sehingga pertambahan jemaah yang lebih besar.Pertempuran demi pertempuran telah dikurniakanNya kemenangan dan membawa kepada perpecahan besar pasukan gerila komunis.Pelbagai cerita2 diperdengarkan..ada melihat pasukan Panglima Salleh ramai dan setinggi pokok kelapa,ada yang melihat pasukan pendekar lengkap pakaian hitam mengempur dengan hanya bersenjatakan parang panjang dan buloh runcing.Uniform yang dikenakan ialah lilitan atau selempang merah agar dikenali beza antar musuh dan kawan sebab itulah ramai menggelarkan pasukan Panglima Salleh dengan nama TENTERA SELEMPANG MERAH. 

Kehebatan Panglima @ Kiyai Salleh telah sampai kepengetahuan baginda Sultan Johor ketika itu iaitu DYMM Sultan Ibrahim Abu Bakar yang telah menggelarkan beliau Panglima Melayu (PAMiM) pada 26hb Disember 1945.Bagi mengenang jasa beliau, baginda tuanku telah berkenan menganugerahkan  Pingat Sultan Ibrahim (PIS) pada 17hb September 1955.Setiap yang hidup pasti akan mati.Haji Mohd Salleh Abd Karim telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 21hb April 1959 di Hospital Besar Sultanah Aminah Johor Bahru kerana serangan radang paru-paru.Tinggallah legasi perjuangan suci Allahyarham Panglima Kiyai Haji Salleh dalam mempertahankan Agama,Bangsa dan Tanahair.




Friday, July 19, 2013

PAMiM : GELANGGANG LIAN PADUKAN LAKSAMANA DI SHAH ALAM

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum WBT

Seperti yang sedia maklum Lian Padukan merupakan seni tempur persilatan yang berasaskan Buah Pukul Senjata Lapan Gayang Lima dan dahulunya semasa dinaungi Almarhum DYMM Sultan Ibrahim Abu Bakar ianya dikenali sebagai Lian Paduka.Selaras perkembangan semasa Lian Padukan Malaysia mempunyai banyak cawangan gelanggang di serata negara.Untuk masyarakat Melayu Muslim sekitar Shah Alam Ibu Negeri Selangor gelanggang berhampiran adalah di Seksyen U11 Bukit Bandaraya Shah Alam.Berikut adalah butiran-butiran :-

a) Yuran Pendaftaran 
i.   Pelajar         : RM 100.00
ii.   Dewasa       : RM 150.00

b) Yuran Latihan Bulanan
i.   Dewasa        : RM 50.00
ii.  Pelajar 
-   IPTS/IPTA    : RM 35.00
-   Sek.Men       : RM 30.00
-   Sek. Ren       : RM 30.00

c) Pakain Latihan
i.   Uniform Silat    RM 70.00
     (Hitam)

d)  Silibus Pelajaran
i.    Latihan Pra Jurus ( Belebat dan Pelampas)
ii.   Pengenalan Jurus Senjata Lapan & Buah2 Aplikasi
iii.  Lian Peringkat Satu (Lian Senjata Lapan)
iv.  Lian Peringkat Dua ( Lian Reju )
v.   Lian Peringkat Tiga ( Lian Tumbuk Mengambil)
vi.  Lian Peringkat Empat ( Lian Pagar)
vii. Lian Peringkat Lima ( Lian Khatam)

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Ayahanda PAMiM Juhann Laksamana ditalian 013-322 7081.Long PAMiM Syed Ahmad Rahmat 018-321 3741(Nilai),Long PAMiM Hafizudin a.k.a Din Nippon 014-251 8809 (Padang Jawa), Long PAMiM Yaseer Al-Jahsyi 017-3173690 ( Alam Megah),Ngah PAMiM Aqily 012-2105452 (Seksyen 9,10 & 11),Uda PAMiM Aziem 014-3380495 (Seksyen 7)

MARTABATKAN SISTEM TULISAN JAWI DALAM PENULISAN DAN PEMBACAAN

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum wbt,

Tulisan Jawi telah digunakan beratus tahun oleh masyarakat Melayu.Ia merupakan sistem tulisan yang digunakan masyarakat di Tanah Melayu malah beberapa negara serumpun di sekitar nusantara sebelum diperkenalkan sistem tulisan rumi yang diperkenalkan oleh barat.Tulisan Jawi adalah hasil dari huruf-huruf Arab yang dimelayukan sistemnya.PAMiM menyeru Orang-orang Melayu Muslim mempelajari warisan sistem penulisan ini dan amalkan dalam aktiviti sehari-hari.Melalui akhbar Utusan Melayu sistem tulisan ini masih giat digunakan malah Askar Timbalan Setia Negeri Johor (TSN/JMF) yang merupakan pasukan Tentera Peribadi Baginda Tuanku Sultan Johor menggunakan tulisan jawi sebagai sistem penulisan rasmi dalam membuat laporan organisasi sehingga saat ini.

Usaha ini hanya boleh digiatkan secara konsisten melalui program-program di sekolah kebangsaan malah disekolah-sekolah agama sesi petang bagi anak-anak pelajar manakala bagi orang-orang dewasa kelas tulisan Jawi harus dipergiatkan oleh badan-badan berkanun kerajaan dan Jabatan Agama Islam Negeri dan JAKIM bagi memastikan sistem tulisan ini tidak hilang dek zaman.

Bagi anak-anak PAMiM anda boleh mulakan dari hari ini mempelajari sistem tulisan Jawi melalui blog-blog yang diterdapat di alam maya. salah satu link permulaan adalah seperti berikut :-

http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2009/01/selamat-mempelajari-tulisan-jawi.html
http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2009/01/abjad-jawi-bentuk-tunggal-terkini.html

Selamat Menuntut Ilmu Tulisan Jawi


PADUKAN MELAYU MUSLIM


IKTIBAR ALVIN DAN VIVIAN SERTA BAHAYA SENTIMEN AGAMA,BANGSA DAN NEGARA


Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum w.b.t ,

Penahanan dua pasangan kontroversi iaitu Alvin dan Vivian beberapa hari lalu adalah dialu-alukan oleh majoriti Rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu yang rata-rata amat marah diatas kenyataan media yang dibuat oleh kedua-dua pasangan melalui ucapan Selamat Berbuka Puasa dengan gambar mereka sedang menikmati Bak Kut Teh (Babi) yang turut disertakan logo halal JAKIM.Kedua-duanya dilaporkan oleh beberapa media arus perdana tempatan ditahan pihak berkuasa tanpa jaminan sehingga tarikh bicara.Dilaporkan Alvin ditempatkan di Penjara Sg Buloh manakala Vivian pula di Penjara Kajang.Tanahair amat bersyukur kehadrat Allah SWT tidak berlaku kejadian yang buruk seperti rusuhan kaum berasaskan agama seperti yang terjadi dinegara-negara lain hanya satu kes yang direkodkan mempunyai kaitan dan bermotifkan pembalasan dendam  diatas kenyataan dibuat kedua-dua pasangan tersebut.

Ng Mun Tatt yang bekerja sebagai penjaga cafe cyber individu yang dikatakan telah di'kutip' oleh beberapa individu ketika sedang menikmati makan malam bersama teman wanitanya di Sri Muda Shah Alam beberapa hari lepas dilaporkan mempunyai hubungan rapat diatas penyebaran statment kedua-dua pasangan tersebut melalui laman media sosial dan beberapa laman blog kepunyaannya.Dia telah dilepaskan didalam keadaan aib di Lebuhraya DUKE Kuala Lumpur.Dibadannya tertulis  perkataan "SAYA HINA AGAMA ISLAM".Walaupun dia telah membuat kenyataan akhbar mengatakan dia mangsa samun dengan tulisan tersebut bertujuan untuk mengalih perhatian motif penculikan dia namun Ketua Polis Negara melalui sidang akhbar rasmi PDRM telah mengesahkan bahawa ia mempunyai motif balas dendam rentetan statemen Alvin dan Vivian.

Justeru itu bagi masyarakat diluar sana digesa agar tidak sesuka hati dalam memainkan atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan kepercayaan.Saya bimbang sekiranya ia tidak dibendung dengan tegas oleh pihak berkuasa melalui peruntukkan undang-undang sedia ada Orang-orang Melayu pasti akan mengambil usahanya sendiri yang mungkin akan lebih membawa petaka kepada situasi semasa.Bak kata orang-orang tua "Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna"...oleh senantiasa berpegang Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata malapetaka jawabnya".

Kepada pejuang-pejuang PAMiM sentiasa muhasabah diri agar sentiasa menjaga Islam didalam diri.Jaga perbuatan,Jaga tuturbicara,Jaga Solat dan Amalan,Jaga kesihatan serta kecergasan  dan sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.Sesungguhnya dengan melihat perkembangan politik secara global dan domestik kita harus sentiasa waspada dan kekalkan perpaduan antara keluarga jemaah.Akhir kata mari kita sama-sama mengembleng tenaga dan usaha menjayakan misi PADUKAN MELAYU MUSLIM

Wednesday, July 10, 2013

FORMULA UNTUK MENJADI UMAT YANG SOLEH DAN BERJAYA

Assalamualaikum w.b.t,

Bismillahirahmanirahim..

Didalam Surah Al Baqarah Ayat 1 hingga 5 Allah SWT telah menggariskan formula untuk menjadi Umat yang Soleh dan Berjaya.

http://www.youtube.com/watch?v=-E9S_mGWR-4

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyanyang

Alif Lam Mim....... (1)

Kitab Al Quran ini TIDAK ADA keraguan padanya,petunjuk bagi mereka yang bertaqwa......(2)

Iaitu mereka yang Beriman kepada yang Ghaib,Melaksanakan solat dan Menginfakkan sebahagian rezki yang Kami berikan kepada mereka.....(3)

Dan mereka yang Beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelum engkau dan mereka itu Yakin akan adanya Akhirat....(4)

Merekalah yang mendapatkan petunjuk dari Tuhannya dan Merek itulah orang-orang yang mendapat Kejayaan.....(5)

TAAT DAN IMANI RUKUN IMAN DAN MENGERJAKAN RUKUN ISLAM


Assalamualaikum w.b.t,

Bismillahirahmanirahim..

Rukun Iman terdapat Enam(6) Perkara :-

i.  Beriman Kepada Allah SWT
ii. Beriman Kepada Malaikat & Perkara Ghaib
iii. Beriman Kepada Kitab-KitabNya
iv. Beriman Kepada Rasul-Rasul
v.  Beriman Kepada Hari Akhirat
vi. Beriman Kepada Qadha' & Qadar

Beriman bermaksud mempercayai dengan sesungguh hati tanpa ada perasaan was-was mengenai 6 perkara diatas.Bagi Umat Islam Yang Taat Diwajibkan keatas mereka mengerjakan Rukun Islam yang mempunyai 5 perkara iaitu :-

i.  Mengucap 2 kalimah syahadah
    (Yakni Pengucapan dengan lidah disertakan pengesahkan dengan hati bahawa " Tiada tuhan yang disembah selain Allah SWT Yang Maha Esa & Nabi Muhammad pesuruh Allah SWT"

ii.  Mendirikan Solat 5 Waktu sehari semalan :-

a)  Subuh     b) Zohor   c) Asar   d) Maghrib   e) Isyak

iii.  Berpuasa di bulan Ramadhan
     (Menahan diri dari lapar dan dahaga dapat mendidik diri mengawal pelbagai peringkat nafsu disamping dapat menginsafi setiap nikmat dan rahmat kurniaanNya.)

iv. Menunaikan Zakat
   
v.  Menunaikan Ibadat Haji



LIAN PADUKAN SENI TEMPUR RASMI PAMiM

Assalamualaikum w.b.t,

Bismillahirahmanirahim ( Dengan Nama Allah SWT Yang Maha Pemurah Maha Pengasihani)

Lian Padukan merupakan seni adunan tempur yang diasaskan oleh Almarhum Mahaguru Muhamad Bin Chik atau lebih dikenali sebagai Pak Mat Kedidi.Kini perguruan dipimpin oleh Mahaguru Utama Ayahanda Dr. Haji Muhammad Hasyim Bin Haji Salleh.

Lian Padukan merupakan seni tempur yang nama asalnya Lian Paduka atau Buah Pukul Mersing yang sangat popular diselatan tanahair.Setelah mengalami pelbagai evolusi ilmu dan pertempuran jalanan ia diberi nama hasil ilham Sahibussamahah Dato Haji Ahmad Bin Awang,Mufti Kerajaan Negeri Johor.Padukan yang juga membawa maksud PADA ALLAH DISERAHKAN UNTUK KESELAMATAN ANDA.

Dari mempunyai beberapa adunan elemen persilatan dan wushu iaitu Sunting dan Sendeng serta Wushu ia telah membawa elemen Muay Thai semasa ia diperkenalkan oleh Almarhum Pak Mat Kedidi kini melalui anak didik menantunya Almarhum Abdul Razak Shariff (Razak Yahudi@Razak Daging) iaitu Ayahanda Mahaguru ia dipercayai mempunyai beberapa penambahan dari pelbagai aliran Lian lain seperti Gayang Lima asuhan Pak Raja Ali Al Haj Semerah,Haji Sulieman Ariffin (Pak Mat Samurai),Pak Majid Klinik serta beberapa lagi guru Buah Pukul,persilatan,wushu dan Taekwondo.


(Demo di Dataran Media Prima,TV3 Untuk Rancangan MHI)

Melalui latihan-latihan tempur Lian Padukan yang diterapkan diharap dapat melahirkan anak-anak pejuang PAMiM yang berani, mampu berdiri dikaki sendiri,melatih kepimpinan dan daya semangat juang yang tinggi.
Akhir kata bersama-sama kita berjuang bersama PAMiM dalam merealisasikan cogankata PADUKAN MELAYU MUSLIM.

Tuesday, July 9, 2013

KEDATANGAN RAMADHAN AL MUBARAK

Assalamualaikum w.b.t,

Bismillahirahmanirahim..

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT yang dengan ihsanNya diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah berpuasa sepanjang Ramadhan..Insha Allah. dengan ibadah ini kita dapat menghayati pelbagai ujian dan kepayahan saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik disamping kita mendidik diri dan nafsu.

Semoga kita semua jalani kehidupan sepanjang Ramadhan ini dengan penghayatan dan penerimaan hakikat bahawa setiap kurniaanNya harus disyukuri walau sebesar zarah sekalipun.Sesungguhnya Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang terhadap hamba-hambanya selagi ia tidak melibatkan dosa menduakanNya maka diampunkan dosa yang dimohon ampunan dariNya.

Jangan lupa mengeluarkan zakat dan derma kerana setiap hasil yang kita perolehi ada bahagian untuk orang-orang yang amat memerlukan.

Wednesday, June 26, 2013

SALAM PERJUANGAN

Assalamualaikum w.b.t,

Bismillahirahmanirahim...

PAMiM adalah sebuah kesinambungan bagi Persaudaraan Melayu Muslim dalam  memelihara serta memulihara wadah perjuangan dalam mempertahankan kedaulatan Agama Islam,Bangsa Melayu dan Bumi Malaysia yang kita cintai.

Skop perjuangan PAMiM adalah luas kepada semua aspek bagi memastikan Bangsa Melayu perkasa dibumi sendiri dan seantero dunia.

PADUKAN MELAYU MUSLIM !