Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum w.b.t,
Dewasa ini suasana politik tanahair seolah-olah menampakkan kebimbangan dalam gerakan-gerakan radikal yang halus menyusup dalam meracuni fikiran masyarakat baik muda mahu pun warganegara senior.Disatu sudut ia menampakkan proses kematang berpolitik orang-orang Malaysia khususnya orang Melayu namun dimata para penganalisis keselamatan domestik dan ketenteraman awam ia lebih banyak mengundang anarki dari perkara kebaikkan.
Melalui artikel sebelumnya,saya melalui beberapa method samada dalam informasi alam maya mahupun realiti saya mendapat maklumat-maklumat yang agak menakutkan.ELEMEN SUBVERSIF REJIMEN KE-10 KEMBALI !! Mereka kembali terutama didalam menaguk diair keruh ketika suasana politik tanahair yang terumbang ambing.
Bagi seluruh anak muda jangan perjudi nasib tanahair dengan ideologi yang sudah terbukti lebih banyak membawa bencana dari kebaikan iaitu KOMUNIS.Bagi anak-anak muda yang cintakan tanahair sebagai warganegara yang baik wajar anda melaporkan sebarang aktiviti berunsur merekrut atau apa jua dakyah mereka kepada pihak berkuasa.